Dunia masih luas untuk kau jelajahi
Biarpun dikaburi kabus pagi
Teruskan berlari
Waktu masih ada untuk kau kejari
Pandang ke depan dengan mata hati
Jangan menangis sayang
Lihat ke depan ada sinar menanti
Jangan rosakkan hati
Untuk terus bersendiri
Menyimpan rasa di dalam hati
Tanpa ada yang mengerti
Jangan menangis sayang
Jangan kau tolak takdir Ilahi
Ku doakan dengan sepenuh hati
Agar esokkan terus menemani
Memberi sinar secerah mentari
Untuk kau terus meniti
Jangan menangis sayang
Kerana masih ada yang sayang...

No comments:
Post a Comment