Wednesday, 2 April 2014

Maafkan Aku...

Asssalamu'alaikum...

Bukan kupinta sebuah rasa darimu. Bukan kupaksa sebuah jiwa darimu. Hanya kefahamanmu tentang diriku. Itu yang kupinta. Kerana sewajarnya, sepanjang seluruh hidupku ini.. Tiada siapa yang pernah faham, apa kehendakku..? Sewenangnya meletakkan aku dalam lautan serba salah. Antara permintaan, kehendak.. Dan keperluan perasaanku sendiri.. Dan semuanya membuatkan aku termenung. Apa kehendak mereka. Apa pula mahuku..


Tahukah engkau.. Bukan sengaja aku menolak pintamu.. pujukmu.. rayumu.. Tetapi kutahu apa ada di hati ini. Dan kerana itu, sengaja aku bekukan hati untuk menanti kehadiran dia di sisi. Seseorang yang amat kusayangi. Bukan dua.. bukan tiga.. Hanya dia sahaja. Dan tiada sesiapa yang mampu mencairkan kebekuan di kalbuku ini. Rasa rindu di benakku ini.. Tiada sesiapa.. Kerana telah kutekadkan di hati.. Dia.. Amat kusayangi dan amat kurindui..


Maafkan aku andai dirimu telah kuletakkan di sebuah tempat yang jauh dari hatiku. Kasihmu telah kucampakkan jauh ke lautan luas yang tak mampu terjangkau tangan. Walau ingatan padamu masih di sini.. Tapi, bukan sewenangnya untuk menghadiahkan seketul hatiku yang beku ini kepadamu. Kerana.. Istimewanya dia untukku.. serasa.. Hanya dia di mindaku saat ini. Dan sememangnya.. Hanya dia sahaja di hati ini..


Tidak mampu terluah sebaris ayat untukmu. Tapi.. Kuharap kau akan mengerti. Saat ini.. Aku terlalu rindu padanya. Dan.. Hanya padanya sahaja. Tiada sesiapa yang dapat menggantikan kehadirannya. Kerana.. Telah tertugu di hati ini, rasa kasihku yang amat istimewa.. Hanya.. Pada dirinya..


Tegakah kau melihat titis air mata ini.. Berbalas dengan senyumanmu kerana berjaya memilikiku? Maafkan aku.. Walau dirobek seluruh tubuh.. Hancur luluh diriku ini.. Aku, akan tetap menyayangi dia. Kerana.. Hanya dia yang amat aku sayangi. Dia satu-satunya insan di hati ini. Dia yang istimewa..


Sungguh.. Aku amat menyayanginya.. Tolong jangan kau paksa hatiku..



Fahami Hatiku - Kejora Biru

No comments:

Post a Comment