Masa itu yang mengubah manusia. Masa yang menyebabkan berlakunya perubahan yang mengubah manusia menjadi seseorang yang terubah kerana sekelilingnya. Dan aku memilih untuk duduk menyendiri, memendam perasaan yang aku tidak mahu ceritakan kepada sesiapa. Biarlah, aku juga mahu melakukan perubahan.
Egokah yang merubah aku dan kau? Atau semuanya terjadi kerana kesilapan kita sendiri? Entah, aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Luka di hati yang masih basah kini mengalir lagi, dan mungkin sehingga ia kering tidak ada sesiapa yang akan ambil peduli. Hakikatnya, kita sudah berubah.
Rindunya pada suatu masa kita bersama, namun masa meragut segalanya. Andai nafas ini terhenti, ketahuilah yang aku pernah berkecil hati.."!!!
Hati yang luka ; Kejora Biru

No comments:
Post a Comment