Di dada malam...
Kubentangkan sejadah rindu
Cintaku bertasbih dalam sendu
Buatmu kekasih yang lena beradu...
Mungkin di saat ini
Aku kau lupakan
Kerana kau hanyut dalam pelukan mimpi
Mimpi indahmu tanpa aku di sisi
Namun.. kerana kasihku
Aku sentiasa berdiri di belakangmu
Tanpa kau sedari sebagai bayang-bayangmu...
No comments:
Post a Comment