Wednesday, 2 April 2014
Sepucuk Warkah Cinta Buatmu
Untuk seorang yang selalu di hati...
Kuucap salam sebelum kata berjalan jauh. Bagaimana khabar tentang dirimu melewati hari-hari? Selalu kupanjatkan doa tentang dirimu, di sela-sela doaku setiap malam pada Sang Khaliq.
Kutuliskan semua ini kerana kegundahan hati yang tiada tara. Hari demi hari, wajahmu selalu terbayang olehku. Semakin bimbang diri ini kerana dirimu. Entah apa yang merasuki jiwaku? Rasa ini terus bergelora dalam rongga dadaku, menyempitkan nafas yang kuhembuskan.
Malam demi malam kulalui dengan hati penuh rindu. Menyambut kau hadir dalam mimpiku. Hingga senja aku tak pernah lelah membayangkan seraut wajah di depan mataku. Berharap kau singgah dalam hari-hariku, memeluk dan menggenggam cinta yang kumiliki.
Begitu rindunya hati ini akan dirimu, rindu yang begitu hebat membuatku resah dengan diriku sendiri. Hati ini begitu tulus akan semua tentang dirimu.
Bagaimanakah dengan dirimu?
Memilikikah sebuah rasa untukku?
Yang kuinginkan hanya kesederhanaan jiwamu, menyingkapi setiap makna dalam kata yang kutulis. Mengungkapkan ketulusan hati yang sebenar-benarnya kau rasakan. Hatiku tidak pernah ada paksaan. Begitu pula yang kuharapkan darimu.
Tinta Rindu - Kejora Biru
Labels:
Aku dan Perasaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment