Di dada malam...
Kubentangkan sejadah rindu
Cintaku bertasbih dalam sendu
Buatmu kekasih yang lena beradu...
Mungkin di saat ini
Aku kau lupakan
Kerana kau hanyut dalam pelukan mimpi
Mimpi indahmu tanpa aku di sisi
Namun.. kerana kasihku
Aku sentiasa berdiri di belakangmu
Tanpa kau sedari sebagai bayang-bayangmu...
Wednesday, 30 April 2014
Kenangan Di Pantai Itu
Melihat ke dalam matamu
Ada sinar yang memancar cerah
Jua bibir yang mengukir senyum
Berderai tawamu
Mengisi ruang yang sedang sunyi
..Alunan rindu itu terpahat dalam kenangan kita bersama..
Ada sinar yang memancar cerah
Jua bibir yang mengukir senyum
Berderai tawamu
Mengisi ruang yang sedang sunyi
Adanya engkau di pelabuhan pantai
Seperti direstu oleh pasir yang memutih
Bersih dan halus di tepiannya
Seolah mereka jua tersenyum padamu
Tengoklah matahari yang hampir tenggelam itu
Sebagai ukuran masa di dunia kau diami
Dan pena ini juga akan menoktahkan tinta
Lalu melabuhkan tirainya
Dan membawa pergi segala kenangan yang ada
Seperti direstu oleh pasir yang memutih
Bersih dan halus di tepiannya
Seolah mereka jua tersenyum padamu
Tengoklah matahari yang hampir tenggelam itu
Sebagai ukuran masa di dunia kau diami
Dan pena ini juga akan menoktahkan tinta
Lalu melabuhkan tirainya
Dan membawa pergi segala kenangan yang ada
..Alunan rindu itu terpahat dalam kenangan kita bersama..
Cinta Di Hatiku
Ingin kubertanya kepada hatiku
Mengapa aku begitu merinduimu
Mengapa aku sangat menyayangimu
Jua mengambil tahu tentang dirimu...
Mengapa aku sering
Mengharapkan kamu hadir
Dalam sebuah mimpi indah
Di setiap malam-malam sepiku
Aku tahu semua ini
Tidak mungkin terjadi, namun
Salahkah aku terus berdoa
Dan berharap,
Bahawa suatu detik
Kamu akan tahu,
Betapa dalamnya cintaku terhadapmu...
Mengapa aku begitu merinduimu
Mengapa aku sangat menyayangimu
Jua mengambil tahu tentang dirimu...
Mengapa aku sering
Mengharapkan kamu hadir
Dalam sebuah mimpi indah
Di setiap malam-malam sepiku
Aku tahu semua ini
Tidak mungkin terjadi, namun
Salahkah aku terus berdoa
Dan berharap,
Bahawa suatu detik
Kamu akan tahu,
Betapa dalamnya cintaku terhadapmu...
Masa Merubah Segalanya
"Ais yang beku pun boleh cair apabila terkena panas, inikan pula hati manusia yang mudah untuk meliuk seperti angin. Tidak, aku tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang telah berlaku. Aku cuba untuk berlapang dada dan menerima semuanya dengan hati yang terbuka, namun entah mengapa hati ini bagai diguris dengan sembilu. Pedih dan menyakitkan!
Masa itu yang mengubah manusia. Masa yang menyebabkan berlakunya perubahan yang mengubah manusia menjadi seseorang yang terubah kerana sekelilingnya. Dan aku memilih untuk duduk menyendiri, memendam perasaan yang aku tidak mahu ceritakan kepada sesiapa. Biarlah, aku juga mahu melakukan perubahan.
Egokah yang merubah aku dan kau? Atau semuanya terjadi kerana kesilapan kita sendiri? Entah, aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Luka di hati yang masih basah kini mengalir lagi, dan mungkin sehingga ia kering tidak ada sesiapa yang akan ambil peduli. Hakikatnya, kita sudah berubah.
Rindunya pada suatu masa kita bersama, namun masa meragut segalanya. Andai nafas ini terhenti, ketahuilah yang aku pernah berkecil hati.."!!!
Hati yang luka ; Kejora Biru

Suara Hatiku Berbicara Sepi
Seharian yang begitu banyak membuat aku terfikir sendirian, di ruangan kamar yang kecil ini.. Dalam batasan hati yang menguji akan diri sejauh mana kuatnya jiwa kecil ini. Sepi adakala membuat kita mencari diri sendiri. Ingin aku kembali seperti yang dulu, di mana aku begitu kuat sekali dan begitu semangat sekali. Pasrah waktu ini andai hati diduga sekali lagi. Sakit yang datang bagaikan satu hikmah. Andai tiba masa pasti akan kupergi jua. Begitu juga saudara, sahabat dan teman. Mereka akan hadir dan akan pergi jua. Airmata sering menjadi pendamping hati takkala rasa sedih sebegini. Pena dan kertas itulah sahabat sejatiku. Bertinta tanpa bicara. Berdiam diri itulah aku sekarang ini. Akan kujauhkan diri dari semuanya, bagaikan dulu-dulu.. Yang tiada seorang pun tahu akan isi hati aku. Biarlah aku menjadi lilin menerangi kehidupan insan lain. Yang ada bagaikan tiada wujud di depan mata. Kasih sejati pun telah lama pergi. Tetap di sini wahai hati tersisih sepi. Tiada apa yang ada dalam diri ini. Tiada apa untuk dibanggakan. Kesedihan itulah selayaknya buatku. Sepi itulah daerah aku yang sebenar.
Bersyukur aku padaMU, ya ALLAH kerana telah memberi rasa ini.. Rasa yang tersimpan seribu hikmah yang tersendiri...
TINTA SEPI ~ Kejora Biru
Bersyukur aku padaMU, ya ALLAH kerana telah memberi rasa ini.. Rasa yang tersimpan seribu hikmah yang tersendiri...
TINTA SEPI ~ Kejora Biru
Maafkan Aku
Maafkan aku...
Jika hari-harimu resah
Dalam menanti sebuah pertemuan
Ketika badai rindumu
Semakin deras menghentam dada
Pejamkan matamu
Dan yakinlah...
Walau tanpa pertemuan
Aku sentiasa bersamamu
Aku ada di setiap hembusan nafasmu
Aku ada di setiap denyutan nadimu
Dan aku ada di setiap aliran darahmu
Kerana tempatku yang terindah
Adalah di dalam jiwamu
Dan aku pasti
Akan kekal di sana...
Jika hari-harimu resah
Dalam menanti sebuah pertemuan
Ketika badai rindumu
Semakin deras menghentam dada
Pejamkan matamu
Dan yakinlah...
Walau tanpa pertemuan
Aku sentiasa bersamamu
Aku ada di setiap hembusan nafasmu
Aku ada di setiap denyutan nadimu
Dan aku ada di setiap aliran darahmu
Kerana tempatku yang terindah
Adalah di dalam jiwamu
Dan aku pasti
Akan kekal di sana...
Namamu Di Hatiku
Aku mengenalmu lewat jiwa
Bukan lewat mata...
Aku menjadikanmu kekasih lewat hati
Bukan lewat puisi...
Ku tak tahu
Seperti apa aku dalam pandanganmu
Selayak apa aku dalam kehidupanmu
Tapi ƴang aku tahu...
Meski dengan keterbatasanku
Berbalut kekuranganku
Aku menulis namamu di hatiku
Sejak awal kita bertemu
Dan takkan pernah terganti
Apalagi terhapus...
Bukan lewat mata...
Aku menjadikanmu kekasih lewat hati
Bukan lewat puisi...
Ku tak tahu
Seperti apa aku dalam pandanganmu
Selayak apa aku dalam kehidupanmu
Tapi ƴang aku tahu...
Meski dengan keterbatasanku
Berbalut kekuranganku
Aku menulis namamu di hatiku
Sejak awal kita bertemu
Dan takkan pernah terganti
Apalagi terhapus...
Kecelaruan Perasaan
Hendak aku panggil sayang ♥
Tapi takut tidak kesampaian
Hendak aku panggil rindu ♥
Tapi aku malu
Hendak aku panggil kasih ♥
Takut jiwa akan tersisih
Kutadahkan kedua tanganku
Andai ini tandanya sayang
Kekalkan terus dalam hati
Andai ini tandanya rindu
Biarlah indah di mata hatiku
Andai ini tandanya kasih
Aku bersyukur
KAU berikan aku rasa ini..♥~♥
SAYANG, RINDU, KASIH , dari hati seorang lelaki
- Kejora Biru -

Merindu Bayang Di Balik Bintang
Kuintai kerdip bintang
Jikalau ada bayangmu
Namun tidak kelihatan
Dan mata...
Mula beransur pejam
Bila malam semakin pekat.
Di sini sedang merindu...
Bagaimana dengan di sana?
Mungkin lelah siang
Buat kita terpisah pada malam
Terasing di daerah berlainan.
Selamat malam sayang...
Apa pun situasi
Ingatlah daku dalam mimpi
Bahawa malam yang berulang
Membawa banyak kenangan.
Jikalau ada bayangmu
Namun tidak kelihatan
Dan mata...
Mula beransur pejam
Bila malam semakin pekat.
Di sini sedang merindu...
Bagaimana dengan di sana?
Mungkin lelah siang
Buat kita terpisah pada malam
Terasing di daerah berlainan.
Selamat malam sayang...
Apa pun situasi
Ingatlah daku dalam mimpi
Bahawa malam yang berulang
Membawa banyak kenangan.
Warkah Cinta Buat Kekasih
Sehelai warkah cinta
Sebuah tinta rahsia
Bersamanya kuselit sekeping jiwa
Bersama bait-bait indah
Ku raut mata pena
Dakwatnya air mata
Hati-hatiku melakar cinta
Menggubah kalam indah
Agar nanti kau terpegun membacanya
Matahari dan bulan, bintang dan kejora
Tak terkecuali perigi dan timba
Kujadikan umpama
Agar kau mengerti nantinya
Sehelai warkah cinta
Sebuah tinta penuh rasa
Dari seorang manusia biasa
Semoga nanti kau tersenyum saat membacanya
Sehelai warkah cinta
Kiriman dari seorang pencinta
Buat kekasihnya
Semoga nanti kau sudi membalasnya...

Saturday, 19 April 2014
Bicara Tentang Cinta
“Cinta perlu disemai, perlu dibelai. Hidupkan cinta dalam diri, untuk belajar mencintai orang lain, agar nanti orang akan menerima cinta kita seadanya. Dan, jangan lupa untuk belajar menerima cinta orang lain. Sentiasalah memberi peluang kepada diri sendiri untuk 'tenggelam' dalam cinta. Kemudian, sentiasalah memberi peluang kepada cinta untuk meresap ke dalam diri.
Apabila cinta telah bersatu dengan jiwa... lalu, kita akan mampu menerima orang lain sebagaimana orang lain dapat menerima kita adanya..”!
Benarkah cinta akan datang sendiri? Bagai yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang... Cinta itu memang sentiasa ada. Wujudnya bersama kelahiran kita. Cinta dan diri kita dilahirkan bersama, dan... kita lahir juga atas dasar cinta! Menanti datangnya cinta menyapa diri adakala bagai menanti buah tak gugur. Bukankah kita telah diingatkan... disarankan untuk mencari sesuatu yang kita ingini?
Cinta itu sentiasa ada, ada di mana-mana termasuk di dalam diri kita. Tapi, carilah cinta! Kerana cinta tak akan datang begitu saja. Ia tak tumbuh tanpa disemai. Ia tak subur tanpa disiram. Ia tak berkembang tanpa dibelai. Cinta harus dicari, namun tak perlu memburunya!
Cinta sebenarnya mengajar kita tentang erti hidup dan kehidupan, andai kita mahu cuba mencari makna cinta. Memang, tak akan ada sesiapa pun yang mampu menafsir makna cinta dengan sebenar-benarnya. Makna cinta akan berlainan kepada manusia. Kita menafsirnya dengan makna begini, orang lain pula melihatnya begitu. Itulah hakikat dalam hidup dan kehidupan kita ini... akan sentiasa berubah mengikut masa.
Oleh sebab itu juga, kita harus sentiasa belajar. Untuk belajar tentang hidup dan kehidupan cukup dengan belajar memahami cinta itu. Kerana dalam cinta ada segalanya. Ada diri kita, ada diri orang lain, dan... adanya Maha Pencipta sekalian alam ini..” - Kejora Biru -

Doa Dan Harapan
Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya. Terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami nikmati bersama. Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama. Aku datang bersujud di hadapan-MU...
Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-MU dalam hidupku. Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya... Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya… Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan jauhkan dia dari relung hatiku...
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-MU yang tulus, murni... Dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku... Ya Allah tolong satukan hati kami... Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya... Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya...
Redhai dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana telah Engkau ciptakan...
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya...
Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini... Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-MU...
Allah yang Maha Kekal, aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untukku... Luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya. Dugaan ini mengajarkan aku untuk hidup makin dekat kepada-MU, untuk lebih peka terhadap suara-MU yang membimbing aku menuju terang-MU...
Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan… Jadikanlah kehendak-MU dan bukan kehendakku yang menjadi dalam setiap bahagian hidupku... Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan mengabulkan permohonanku.
Amin...
Hamba-MU yang hina lagi faqir , Kejora Biru

Sendiri
Aku masih sendiri menyusur kesunyian ini...
Tiada kicauan unggas keriangan
Tiada rerama yang berterbangan menghiasi bunga cinta
Dunia seolah berhenti berputar
Tiada detik waktu yang berlalu
Langkah kuhayun...
Tiada tujuan.. Di manakah aku?
Berpijakkah aku di bumi nyata?
Lantas kenangan itu mempersendakan aku...
Rindu datang bertamu
Tiada bayang yang muncul
Aku sendiri lagi...

Usah Hadir Lagi
Hari ini entah kenapa hati ini terasa hampa..,
Apakah kerana dirimu hadir kembali
Hadir mengusik rinduku...
Hadir membuat lamunan panjang yang tak mungkin terwujud...
Entahlah...
Apakah kau hadir
Dan akan pergi kembali..??
Pintaku, jangan lagi hadir kalau hanya datang untuk menyakiti
Inginku, jangan lagi sentuh rinduku yang sudah kusimpan rapat dalam hati ini...
Biarlah semua kenangan dan rasa ini kusimpan...
Hanya itu yang kumahu...
Kerana goresan luka yang kau torehkan masih ada
Dan masih terasa...
Kuingin kau simpanlah rindumu
Seperti aku menyimpan rindu dan cintaku...
Kumahu, jangan sentuh lagi rinduku...
Meskipun airmataku tak pernah kering mengingatimu...
Biarlah kasih dan sayangku.. rindu dan cintaku...
Kusimpan dalam hati ini...
Hati Yang Terluka ; Kejora Biru

Bukan Sekadar ILUSI
Mimpi-mimpi itu selalu hadir dalam asa
Menguak tabir dalam gejolak rasa
Membawaku larut dalam pesona cinta
Menghempas tubuhku terbang jauh ke angkasa
Kuterdiam hanyut dalam derasnya rasa dalam jiwa
Menanti hadirnya kekasih yang telah lama tak tiba
Bagai merindukan bulan dengan cahaya indahnya
Menerangi heningnya malam tanpa kata-kata
Kuhabiskan hari-hariku dalam penantian
Mengharap hadirmu sang kekasih impian
Telah banyak cerita tertulis tentangmu dalam goresan
Menghiasi hidupku dalam penatnya kerinduan
Akankah malam ini engkau tak hanya hadir dalam mimpi
Membawa sejuta kebahagiaan dalam pesona cinta tanpa ilusi
Dan membawaku terbang bersama menembus indahnya cahaya sejati
Hingga sampai waktunya ketika semua menjadi kekal dan abadi...

Warna-Warna Kenangan
Lembutnya hembusan bayu petang mencetuskan damai dalam diri. Aku berdiri di jendela rumah tinggalan ayah, melepaskan pandangan yang bercampur-baur seribu rasa. Mata tidak berkedip, hati tidak berdetik. Mengelamun dan berkhayal, memunggah kembali memori masa silam. Lorekan warna-warna pelangi yang tercetak di atas kanvas putih zaman hingusan. Ada manis dan ada indah, ada pahit dan ada derita.
Meniti hari-hari yang berlalu, ada rindu yang masih terlekat, dan basahnya umpama embun yang hadir di setiap pagi. Seringkali ianya bertamu di alam mimpi. Hati dan nurani bagaikan terpahat, tidak mungkin dikikis dan disisih dari ingatan, biarpun begitu lama merentas masa dan ketika.
Hati aku terusik.
Rumah tinggalan ayah bagaikan sebuah gedung yang menyimpan segala kenangan perjalanan hidup. Setiap episod yang terakam membangkitkan nostalgia dalam jiwa.
Mentari petang memancarkan cahaya merah yang bening.
Dan rumah kenangan ini masih lagi mendamaikan hati yang resah.
Teringat bicara seorang teman:
“Adakalanya manusia tidak dapat membendung perasaan rindu pada masa silam. Apabila jiwa diruntun kerinduan yang menggigit jiwa dan perasaan, mereka semacam mahu kembali pada saat-saat keindahan yang mencorakkan seribu satu macam kenangan, agar kenangan itu tetap segar dan hijau di ingatan."
Di rumah itu kasihku tertumpah.. ~ Kejora Biru ~

Monday, 14 April 2014
PATRI
Di sini ...
Kurenung rembulan
Bertanya pada sang pungguk
Purnama yang samakah sedang kita nantikan?
Sedang kelmarin kabut menutupi awan
Hanya mega yang membias pandangan
Di sana …
Kau juga menatap bintang
Mungkin juga tertanya-tanya
Ke manakah kejora yang telah hilang ?
Sedang kelmarin mesra bertatapan
Erat bercanda di lelangit hati
Kita tatap kelam …
Kita cari jalan pulang
Janji bersatu dalam pendar cahaya
Bersama kelip-kelip yang menjadi saksi
Sebuah cinta yang hampir mati
Kekasih ...
Kini kau di sana dan aku di sini
Mengeruak jendela mimpi
Mencari erti bahagia
Sedang hari ini rindu masih berbaki
Mengikat kasih mematri hati …

AWAK...
Hanya DOA yang mampu saya kirimkan untuk menjaga awak...
Meskipun dalam jarak, hanya cinta dan setia yang mampu saya limpahkan...
Meskipun saya tahu awak takkan nampak...
Penuhilah diri awak dengan rasa percaya dan sabar...
Agar kita tak mengingkari cinta yang dengan susah-payah kita perjuangkan...
Jalanilah kehendak Tuhan dengan sebaik-baiknya...
Kerna kita harus menghargai waktu yang dipinjamkan sejenak...
Kelak kita akan merindui masa-masa ini...
Masa yang dianugerahkan kepada kita hanya sekali...
Saya telah belajar cara menghargai diri awak...
Kerna sesungguh... saya tak mahu menyesal di kemudian hari kerna tak sempat membahagiakan awak...
AWAK...
Jika suatu hari nanti, awak kehilangan saya...
Ketahuilah.. saya telah berdoa agar awak diberi kekuatan...
Agar Tuhan menjadikan hati awak kuat seperti karang...
Agar awak mampu merelakan...
Yang datang pasti akan pergi...
Itu adalah kepercayaan yang harus dengan ikhlas kita terima...
Jangan salahkan takdir jika itu membuatkan awak bersedih...
Kerna Tuhan Maha Adil...
Jadikan apa yang terjadi dalam hidup awak sebagai kenangan terindah awak...

Ketika saya telah tiada...
Tunjukkanlah wajah bahagia awak...
Wajah kekuatan awak...
Ikhlaskanlah pemergian saya...
Dan ketika saya melepaskan awak...
Ketahuilah...
Saat itu saya sangat mencintai awak...
salam sayang ; Kejora Biru
Ketika saya telah tiada...
Tunjukkanlah wajah bahagia awak...
Wajah kekuatan awak...
Ikhlaskanlah pemergian saya...
Dan ketika saya melepaskan awak...
Ketahuilah...
Saat itu saya sangat mencintai awak...
salam sayang ; Kejora Biru
Friday, 11 April 2014
Harapan Di Dada Malam
Malam melambaiku ajak menikmati semilir angin
Di tepian pantai dipuput bayu nan mendingin
Kelihatan debur-debur ombak berlagu di lautan cinta
Menghempas ke pantaiku sambil kukuis pepasirnya...
Rerambutku bergerak gemalai ditiup sang bayu,
Sesekali terasa masinnya air laut mencecah ke bibir layu
Tersentak kemudiannya pabila ombak menggila
Namun nyaman kemudiannya bila rembulan menggoda...
Dalam samar-samar disirami cahaya rembulan
Di langit jingga gemintang pun kelihatan
Kumanjakan diri berbaring di ranjang nan sepi
Menanti apa pun kusendiri tidak pasti
Namun debaran hati sekuat hempasan ombak meninggi
Menanti, menanti dan terus jua menanti...
Malam ini semakin rancak mengalun irama alam
Dalam desah dingin hangatnya menggoncang iman
Detik demi detik terhitung sambil jemari ini kugenggam
Dalam debaran kunanti hingga purnamaku tenggelam...
Apakah... apakah penantianku di sini bakalkan berakhir
Pabila rembulanku diganti suria yang hadir
Semoga bila mataku ini perlahan kubuka
Pengubat rinduku ada di sini bersama menghapus duka...

Ku Cuma SeadaNya
Tika nafasku mendakap kasih
Kucuma membaluti diri
Bersama deruan keikhlasan
Bersama percikan kejujuran
Kucuma seadanya...
Kutiada selautan zamrud
Untuk kilauan indah buatmu
Kesetiaanku tetap tegak
Berdiri dengan tiang rindu
Kubina damai cahaya malam
Agar kau senang
Menggapai lena mimpimu...
Bisikkan bayu kusulam
Menjadikan bantal syahdu
Menyejukkan matamu
Agar tiada silau resah
Menerjah sakit di hati
Bila salju berlalu pergi
Tinggalkan bahang indah
Sentiasalah kita pasrah
Kucuma seadanya...
Kucuma membaluti diri
Bersama deruan keikhlasan
Bersama percikan kejujuran
Kucuma seadanya...
Kutiada selautan zamrud
Untuk kilauan indah buatmu
Kesetiaanku tetap tegak
Berdiri dengan tiang rindu
Kubina damai cahaya malam
Agar kau senang
Menggapai lena mimpimu...
Bisikkan bayu kusulam
Menjadikan bantal syahdu
Menyejukkan matamu
Agar tiada silau resah
Menerjah sakit di hati
Bila salju berlalu pergi
Tinggalkan bahang indah
Sentiasalah kita pasrah
Kucuma seadanya...
Thursday, 10 April 2014
Cinta Rindu
Rindu terus bertamu
Tak kenal waktu
Meresapi di setiap sudut jiwa
Bertimbun untuk dihitung
Seluas langit untuk digenggam
Berputik di dinding hati
Bersama ribuan angan dan impian
Memaksa aku menerima kenyataaan
Sesungguhnya hati ini hanya untukmu
Bayangan wajahmu telah melekat di ingatan
Dan cintamu menerangi hidup ini
Kembali menapak kehidupan yang dulunya kosong...

Dengarkan Kekasih
Dengarkan kekasih...
Hatiku berbicara
Pada sebuah kerinduan
Yang lama terpenjara
Bertemankan lara jiwa
Mencari sisa kasih
Yang jauh terpinggir
Dalam hati penuh kecintaan
Mengharum dan mewangi
Sama seperti detik berlalu
Dengarkan kekasih...
Rintih hati dalam kelelahan
Dedaun rindu
Hampir kekuningan
Kering tak berdaya
Ada rindu yang terbenam
Di lubuk hati yang paling dalam...
Hatiku berbicara
Pada sebuah kerinduan
Yang lama terpenjara
Bertemankan lara jiwa
Mencari sisa kasih
Yang jauh terpinggir
Dalam hati penuh kecintaan
Mengharum dan mewangi
Sama seperti detik berlalu
Dengarkan kekasih...
Rintih hati dalam kelelahan
Dedaun rindu
Hampir kekuningan
Kering tak berdaya
Ada rindu yang terbenam
Di lubuk hati yang paling dalam...
Friday, 4 April 2014
Sepi Itu Kerinduan
Dalam sepi ..
Banyak perkara ditemui
Kekadang dalam sepi itu
Ada jiwa yang merintih
Dalam sepi ada resah gelisah
Dan berkeluh kesah
Mengenang pahit manis
Kehidupan ..
Sepi buat kita mengelamun
Terkenang masa silam yang indah ..
Ada derai airmata
Ada senyum dan tawa
Mereka berkata.. sepi itu indah
Namun hatiku berbisik
Sepi itu adalah kerinduan
Ada pilu yang mendera
Ada lara yang menyaluti jiwa ..
Kerana dalam sepi
Rindu kian membara
Bergelodak di danau kalbu
Lalu mengalir butiran jernih
Yang memilu ..
Memaksa rebah di muara sendu
Kerana sepi itu adalah rindu ..!
Banyak perkara ditemui
Kekadang dalam sepi itu
Ada jiwa yang merintih
Dalam sepi ada resah gelisah
Dan berkeluh kesah
Mengenang pahit manis
Kehidupan ..
Sepi buat kita mengelamun
Terkenang masa silam yang indah ..
Ada derai airmata
Ada senyum dan tawa
Mereka berkata.. sepi itu indah
Namun hatiku berbisik
Sepi itu adalah kerinduan
Ada pilu yang mendera
Ada lara yang menyaluti jiwa ..
Kerana dalam sepi
Rindu kian membara
Bergelodak di danau kalbu
Lalu mengalir butiran jernih
Yang memilu ..
Memaksa rebah di muara sendu
Kerana sepi itu adalah rindu ..!
Pesanan Pada Hati
Pesanan pada hati..
Belajar untuk kehilangan andai dia bukan jodoh kita..
Belajar untuk tabah andai dia pergi dari hidup kita..
Belajar untuk menerima hakikat yang dia bukan milik kita..
Belajar untuk berhenti mencintai dia andai cintanya bukan untuk kita..
Belajar untuk melupakan andai dia menyakiti..
Belajar untuk menerima cinta lain kerana dia hanya tinggal kenangan..
Hapuslah airmata kan ada bahagia selepas derita..
Senyumlah duhai hati...
Bolehkah Aku..?? - Kejora Biru
Hanya DIA Yang Mengetahui Setiap Coretan Hati Ini...
DIA Maha Mengetahui
Walau dalam ruang hati yang paling dalam
Walau dalam sepi yang paling sunyi
Walau dalam kebisuan yang tak terluah.
DIA lebih mengetahui
Yang tersimpan di hati
Yang bergetar pada rasa
Dalam hitam yang tersembunyi
Atau putih yang terselindung
Dalam tiap titis embun
Atau deru ombak
Yang membelah lautan.
Sesungguhnya...
DIA amat mengetahui
Segala yang tertinta di minda
Segala yang terdetik di hati
Biarpun belum terucap
Walau pada sehembus nafas...
-Kejora Biru-
-Kejora Biru-
Pasrah
Langit yang kutatap
Tetap diam enggan berbicara
Hanya bisu yang ku sua
Mungkin langit tahu
Akan kesedihan yang melanda hatiku...
Ada luka yang kupendam
Sakitnya teramat dalam
Bagai belati menggores hati
Andai perpisahan yang kau pinta
Katakanlah...
Aku redha dengan ketentuanNya
Hanya satu yang kupinta
Ajari aku untuk melupakanmu,
Jika benar itu yang kau mahu...
Kini...
Aku sedang menyeka pilu
Yang jatuh dari pelupuk mataku...
Aku PASRAH...
Dengan "Rasa", Aku Catatkan Cerita Cintaku Di Sini...
Ini sebuah catatan cinta
Yang ditulis dengan tinta air mata
Di atas lembar hati nan luka
Ini sebuah kembara duka
Mencari negeri bahagia
Setiap detik langkah begitu berharga
Namun tak pernah siapa tahu nilainya
Ini tentang sebuah rasa
Yang tiada sempadan tafsir erti dan makna
Namun mereka selalu berkata
Bahagia itu apabila hidup bersalut emas permata
Inilah cerita cinta yang baru bermula...
Hanya Tinggal Kenangan
Wajahmu membiru
Dingin saat kugenggam jemarimu
Senyummu tak bergerak
Diam membisu...
Lirik mata
Nan indah selama ini
Menatap penuh erti
Kini tertutup
Untuk selamanya
Belum sempat semuanya wujud
Impian kita, janji kita
Tujuan kita
Kau telah pergi...
Benih khayalku
Tak lagi tumbuh berbunga
Semua menjadi serpihan
Berterbangan ditiup angin
Pergi tanpa jejak
Meninggalkan kenangan...
Dingin saat kugenggam jemarimu
Senyummu tak bergerak
Diam membisu...
Lirik mata
Nan indah selama ini
Menatap penuh erti
Kini tertutup
Untuk selamanya
Belum sempat semuanya wujud
Impian kita, janji kita
Tujuan kita
Kau telah pergi...
Benih khayalku
Tak lagi tumbuh berbunga
Semua menjadi serpihan
Berterbangan ditiup angin
Pergi tanpa jejak
Meninggalkan kenangan...
Thursday, 3 April 2014
Tentang kehidupan...
Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan, mengelirukan dan sukar difahami. Namun itulah yang harus ditelan walaupun pahit. Akur dengan segala ketentuan. Kehidupan adalah bukan cerita rekaan atau nukilan novel yang penghujungnya boleh direka dengan pengakhiran bahagia. Dalam kehidupan ini sukar dijangka. Kita terus mencari impian yang ingin kita gapai. Adakalanya semakin kita mencuba, kita semakin hampir dengan kekecewaan. Air mata pula menjadi teman setia. Kehangatan airmata seolah cuba merawat lebam dan luka di hati. Tembok kolam air mata tidak lagi seteguh dulu. Memudahkan banjir melanda taman hati yang penuh kepiluan. Gerimis melanda, justeru dedaun kesedihan berguguran.. terus hanyut di bawa arus dan lemas dalam cungap nafas sendu...
teringat kisah suka-duka hidupku suatu waktu dahulu - KEJORA BIRU
Antara Tanya dan Jawab
Sendirian melukis rembulan di kamar malam
Ranting-ranting rasa menggaru hati
Masih ku pinta jawab-jawab yang tak pasti
Lalu ku bisikkan soal-soal yang benderang
Bagaikan mentari di dada siang
Masih belum mampu kita jelaskan
Tentang hati
Tentang rasa
Tentang mau
Siapalah kita untuk memberi jawab
Hinggakan ombak-ombak resah
Terus berlagu di bibir pantai
Maka izinkan aku
Sandarkan lenaku di bahumu
Biar ombak masih terus mau
Menjemput mimpi-mimpi kita
Bersama menyelusuri damai biru laut
Mencecahkan jejari di luas samudera
Untuk terus kita mencari
Tanda-tanda yang membisikkan rasa...

Izinkan Aku Mencintaimu
Sejak pertama aku mengenal kamu
Ada rasa yang menyentuh hatiku
Cinta itu menyapaku
Dalam kesendirianku
Aku mencintaimu
Namun tak kutahu hatimu
Semakin lama aku kenal kamu
Cinta ini semakin menggebu
Namun aku masih tak tahu isi hatimu
Adakah diriku dalam senyum sapamu
Atau senyummu itu membohongiku
Namun aku tak pernah mau tahu
Izinkanlah aku mencintaimu
Menjadikan senyummu mentari dalam hidupku
Memberi semangat dalam diamku
Kerna tiada sempat mengucap cinta padamu
Tiap kali bertemu hanya bersimpang jalan
Dalam peraduan malam atau siang
Tak sekalipun kita berjalan berdampingan
Izinkan aku mencintaimu
Menjadikanmu bidadari dalam khayalanku...

TUHAN - KepadaMU KuBerserah
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan airmata
Ku persembahkan kepadaMU
Yang Terindah dalam hidupku...
Meski ku RAPUH dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada kuharap hanya
DiriMU yang bertakhta...
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan airmata
Ku persembahkan kepadaMU
Yang Terindah dalam hidupku...
Meski ku RAPUH dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada kuharap hanya
DiriMU yang bertakhta...
Cintaku Pendam Di Dalam Diam
Rinduku masih terbiar dalam sepi...
Biar bertahun berkurun
Rinduku padamu tetap tidak akan hilang
Tidak akan terpadam
Kerana aku selalu kan merindu...
Biarpun rinduku tidak engkau tahu
Kerana aku menyintaimu dalam diam
Lantaran tiada jalan terbentang
Untuk aku mendatangimu...
Biar bertahun berkurun
Rinduku padamu tetap tidak akan hilang
Tidak akan terpadam
Kerana aku selalu kan merindu...
Biarpun rinduku tidak engkau tahu
Kerana aku menyintaimu dalam diam
Lantaran tiada jalan terbentang
Adakah Rindu Untukku
Aku yang berdiri di ujung sepi
Berteman rindu yang tak pernah mengerti...
Ingin kutepis tentang masa lalu
Ketika ia datang mengusikku...
Ingin aku lupakan semua ini
Namun bayanganmu tak pernah sirna...
Dan ingin rasanya kukubur rasa cinta ini
Namun benih cintaku terlanjur tumbuh
Di kedalaman hatiku...
Engkaulah senyumku, candaku, tawaku
Serta segalanya bagiku...
Ingin aku bertanya pada sepinya malam
Masih adakah rindu untukku
Seperti aku yang tak pernah lelah
Merindukanmu...

Novel Cinta Kita
Kukutip helaian-helaian rindu
Yang berselerakan di pantai hati
Kususun indah menjadi nota
Yang sarat dengan bahasa kasih
Lalu ku gubah menjadi
Sebuah novel cinta antara kita
Kuberharap pada detik waktu mendatang
Ada kesempatan buatku
Meraih indahnya cinta bersamamu
Berdiri di sisimu
Dalam selimut kasih sayang
Merasakan indahnya dalam dakapan kasihmu...

Hati Ini Kekal Bersamamu
Gerimis halus menyentuh pipi
Kucuba mendakap hujan
Memeluk jiwa sedang kerinduan
Mengucup titis air yang turun
Membayangkan kau dekat di sini
Namun sejuk angin membisik
Mengganggu angan terus berlalu
Kusempat kirimkan rindu
Untuk dia yang jauh beribu batu
Kudoakan kesejahteraanmu
Walau dekat walau jauh walau di mana
Hati ini kekal bersamamu...
Kucuba mendakap hujan
Memeluk jiwa sedang kerinduan
Mengucup titis air yang turun
Membayangkan kau dekat di sini
Namun sejuk angin membisik
Mengganggu angan terus berlalu
Kusempat kirimkan rindu
Untuk dia yang jauh beribu batu
Kudoakan kesejahteraanmu
Walau dekat walau jauh walau di mana
Hati ini kekal bersamamu...
Rindu Dalam Sepi
Saat kesepian menemani...
Hanya tangisan setia di sisi
Betapa kerinduan itu terlalu menyakitkan
Mendera hati
Mendera perasaan...
Kasih.. Aku kesepian di sini
Sayang.. Rindu ini terus menyelubungi
Walau kutahu dan kusedar
Aku tak mungkin akan bertemu denganmu lagi
Terasa sakit dan perit...
Cintaku.. Hatiku hanya untukmu
Rindu ini kan terus bersamaku
Menganyam namamu di setiap nadiku
Di setiap helaan nafasku
Sesungguhnya aku amat merinduimu...

Wednesday, 2 April 2014
Erti Hadirmu
Waktu begitu cepat berlalu
Membawaku pada erti suatu penantian
Mengungkap sebuah misteri cinta
Menembus lorong-lorong gelap kehidupan
Rasa ini tak ingin kehilanganmu
Begitu sulit untuk kutepiskan
Hingga ingin terus bersama
Mengisi kehampaan di jiwa
Aku ingin tetap bersamamu
Berteduh di bawah payung kasihmu
Dan ingin kumiliki cinta dan kasih sayangmu
Tanpa ada batas waktu...

Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)